Image Banner

HAFLAH TAKRIMIYAH MUJAHID AL AQSA 2018

HAFLAH TAKRIMIYAH MUJAHID AL AQSA 2018

Alhamdulillah Maahad Tahfiz Al Aqsa telah mengadakan Haflah Takrimiyyah sempena Khatam Hafazan 30 Juz Al-Quran untuk Sayyid Muhammad Mustofa bin S Muhamad Haleem. Beliau merupakan pelajar (Tahap 2-Sekolah Rendah) yang telah berjaya mengkhatamkan Hafazan 30 Juz beliau pada 29 Mac 2018M bersamaan 11 Rejab 1439H.

BIODATA RINGKAS

NAMA PENUH : SAYYID MUHAMMAD MUSTOFA BIN S MUHAMAD HALEEM

UMUR : 12 TAHUN

TARIKH LAHIR : 13 MEI 2006

TEMPAT LAHIR : SUBANG JAYA MEDICAL CENTRE

NAMA BAPA : DR. S MUHAMAD HALEEM BIN SYED HASSAN

NAMA IBU : ALMARHUMAH USTAZAH SYARIFAH NURULHUDA BINTI SYED IBRAHIM

TARIKH MULA BELAJAR DI MAAHAD : 3 JANUARI 2011 HINGGA SEKARANG (2011-2018)

 

Pihak Maahad Tahfiz Al Aqsa sukacitanya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat membantu beliau :

- Tahniah kepada Dr. S Muhamad Haleem serta keluarga,

- Tahniah kepada Sheikh Ahmad Juma’ah selaku guru kelas beliau,

- Tahniah kepada semua Para Asatizah Maahad Tahfiz Al Aqsa,

- Tahniah kepada semua Barisan Lembaga Pengelola MTA,

- Tahniah kepada semua Para Ibubapa Pencinta Al-Quran MTA,

 

هذا فضل من الله

Maahad Tahfiz Al Aqsa 2018 || Hidup Mulia Bersama Al-Quran

LAGI

HAFLAH TAKRIMIYAH SEMPENA KHATAM HAFAZAN 30 JUZ AL-QURAN

HAFLAH TAKRIMIYAH SEMPENA KHATAM HAFAZAN 30 JUZ AL-QURAN ( KALI PERTAMA )

Alhamdulillah Maahad Tahfiz Al Aqsa telah mengadakan Haflah Takrimiyyah sempena Khatam Hafazan 30 Juz Al-Quran bagi kali pertama. MUHAMMAD FAREZ BIN ABU HAMID merupakan pelajar pertama yang telah berjaya mengkhatamkan Hafazan 30 Juz beliau pada 27 Oktober 2016M bersamaan 26 Muharam 1428H.

 

BIODATA RINGKAS MUHAMMAD FAREZ

NAMA PENUH : MUHAMMAD FAREZ BIN ABU HAMID

UMUR : 14 TAHUN

TARIKH LAHIR : 07 MEI 2002

TEMPAT LAHIR : KLINIK PAKAR RAZIF DAN NORANA KLANG

NAMA BAPA : USTAZ ABU HAMID BIN RAMLAN

NAMA IBU : PN. YATIMAH BINTI AHMAD

TARIKH MULA BELAJAR DI MAAHAD : 2 JANUARI 2014 HINGGA SEKARANG (2014-2016)

 

Pada majlis tersebut, beliau telah mentasmi' satu surah iaitu Surah Al-Jasiyah dengan taqdir Mumtaz.

- Tahniah kepada Ustaz Abu Hamid & isteri ( ibubapa Muhammad Farez ) serta keluarga.

- Tahniah kepada Ustaz Muhammad Zulfadhli dan Ustaz أبو آنس selaku guru kelas beliau.

- Tahniah kepada semua Para Asatizah Maahad Tahfiz Al Aqsa.

- Tahniah kepada semua Barisan Lembaga Pengelola MTA.

- Tahniah kepada semua Para Ibubapa Pencinta Al-Quran MTA.

Insha'Allah Mukhayyam Al-Quran pada akhir tahun ini yang akan bermula pada 14 – 27 November 2016 beliau akan muroja'ah 30 juzuk.

 

هذا فضل من الله

Maahad Tahfiz Al Aqsa 2016 || Hidup Mulia Bersama Al-Quran

LAGI

SEMINAR AL-QURAN DAN KEIBUBAPAAN

JEMPUTAN SEMINAR AL-QURAN DAN KEIBUBAPAAN

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan yang telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan cahaya bagi manusia. Selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkan kepada Rasulullah; Muhammad bin Abdullah SAW, yang diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Kami warga Maahad Tahfiz Al Aqsa berbesar hati ingin menjemput Ibubapa Pencinta Al-Quran ke Seminar Al-Quran dan Keibubapaan bagi tahun 2016. Semoga kehadiran kita bersama dapat menambahkan kecintaan terhadap Al-Quran terutama dalam mendidik anak-anak buah hati kita yang sememangnya memerlukan cahaya Al-Quran.

 

TARIKH : 15 Oktober 2016 (Sabtu)

MASA : 08.30 pagi – 01.30 Tengahari

TEMPAT : Maahad Tahfiz Al Aqsa 1, Taman Malindo.

 

TENTATIF PROGRAM

08.30 am - 09.00 am : Ketibaan Ibubapa & Pendaftaran

09.00 am - 10.30 am : Ceramah 1“Seni Mendidik Anak-Anak”

Ustaz Abdennabi Mahdi (Guru Maahad Tahfiz Al Aqsa)

10.30 am - 11.00 am : Rehat

11.00 am - 12.30 pm : Ceramah 2“Rumahtangga Al-Quran”

Ustaz Yusof (Calon Phd Tafsir Al-Quran UIAM)

12.30 pm - 01.00 pm : Taklimat Perkembangan Terkini MTA

01.00 pm - 01.30 pm : Makan Tengahari & Solat Zohor

 

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pejabat 03 5166 1066 @ Mudir Ustaz Adni Abd Razak 013 6199 088.

 

"Hidup Mulia Bersama Al-Quran"

LAGI

ANAK KITA MERUPAKAN PILIHAN ALLAH SWT

Janganlah kemarahan dan kelukaan hati kita menjadikan kita kecewa hingga putus asa sehinggakan kita tidak dapat menerima hakikat bahawa anak yang sedang kita renungi wajah dan tingkahlakunya itu adalah anak kita. “Bukankah lebih baik kalau itu bukan anak aku” mungkin inilah yang kadang-kadang terlintas dihati kita.

Allahlah yang menentukan jodoh kita dan Allahlah juga yang menentukan siapakah anak-anak kita. Adakah kita merasakan Allah tersilap dalam hal ini hingga kita terasa anak ini tidak seharusnya menjadi anak kita. Saya belum lagi ingin membincangkan dimana kesilapan dalam pendidikan tetapi saya ingin bincangkan perkara yang lebih besar iaitu “Keimanan”. Bagaimana kita redha dan pasrah menerima ketentuan Allah SWT?

Bagi saya, inilah masalah yang paling mendasar dalam rumahtangga dan pendidikan anak-anak bahkan dalam kehidupan kita keseluruhan

Cheap Cigarettes Online
.

Apabila kita merasakan kehidupan kita tidak ada kaitannya dengan Allah SWT.
Apabila kita tidak mampu menerima hakikat kebijaksanaan dan keadilan Allah dalam urus tadbirNya sehingga kita merasakan ada banyak kesilapan dalam urus tadbir Allah SWT.
Apabila kita tidak merasai kasih sayang dan kelembutan Allah dalam menguruskan kehidupan kita sehingga kita merasakan setiap masalah adalah penyiksaan.
Apabila kita tidak dapat merasai hakikat Allah sebagai Robb (pendidik) sehingga kita gagal menggali hikmah disebalik segala kesulitan.
Apabila kita gagal merasai Allah sebagai Ilah yang mendengar, mengetahui dan menyaksikan segala keresahan jiwa kita, kesedihan dan kepiluan kita, yang mendengar doa kita hingga akhirnya kita menjadi buntu, kecewa dan putus asa.

Adakah kita dapat melakukan yang terbaik dengan keadaan jiwa yang begini? Adakah kita mengharapkan rumahtangga kita terbina dengan keyakinan yang hampir runtuh ini? Adakah kita dapat menanamkan keimanan pada jiwa kita dengan air muka yang kita pamerkan pada jiwa mereka bila kita berinteraksi dengan mereka?

Apa yang kita pamerkan? Wajah yang tidak menggambarkan kepasrahan, keredhaan, kesyukuran dan kelapangan dada.

Sering saya ingatkan diri dan isteri saya, kita sebagai ibubapa seringkali melakukan kesilapan pada anak-anak, samada kita sedari atau tidak. Jauh disudut hati mereka tersimpan rasa sedih, kecewa, teraniaya, tidak diadili, tidak dihargai dan sebagainya. Ajarkan mereka kemaafan supaya luka-luka dijiwa mereka terawat serta sentiasa lapang dan mampu memandang kita dengan rasa hormat dan kasih. Bagaimana? “Berikan mereka kemaafan” supaya mereka mampu merasai nikmat kemaafan. Bayangkan ketika mereka melakukan kesalahan dan menjangkakan kemarahan kita, tiba-tiba kita memberikan kemaafan. Ketika itulah mereka akan mampu merasai betapa nikmatnya kemaafan. Bayangkan betapa jiwa dan air muka kita pada ketika itu sedang mendidik mereka tentang kemaafan, penghargaan, keadilan dan kasih sayang. Itulah wajah keimanan yang mampu melembutkan hati yang sekeras batu.

Oleh itu, marilah kita saksikan segalanya dengan nilai keimanan;

• Marilah kita saksikan bahawa anak-anak kita lahir dengar jiwa fitrah yang bersih. Mereka umpama kain putih yang menanti untuk dicorakkan. Mereka tidak pernah kenal kemarahan melainkan apa yang pernah kita tunjukkan. Hati mereka begitu bersih dan lembut sehinggalah mereka memandang kekerasan hati, kebencian dan kekecewaan yang kita pamerkan pada wajah kita.

• Kita adalah hamba Allah yang memiliki berbagai kelemahan dan kelalaian. Semua ini tidak menjadikan kita hina selagi kita sentiasa memperbaikinya. Memperbaiki diri adalah ibadah dan tarbiyyah untuk kita menjadi hamba robbani dan menjadi ibubapa mithali.

• Kita hanya mampu melakukan 3 perkara; 1. Bersihkan niat untuk melakukan segalanya hanya kerana Allah SWT, 2. Ikhtiar yang terbaik, 3. Doa dan berharap kepada Allah SWT. Menjadikan “natijah segera” sebagai yang ke 4 akan menjadikan kita terkurung dalam dunia yang sempit dan penuh dengan kekecewaan, keraguan dan keputus alasan.

LAGI

ANAK ADALAH AMANAH

Saya tidak mempunyai kelayakan untuk membicarakan topik ini melainkan empat orang anak yang perlu saya didik bagi mewarisi keimanan dan keindahan akhlaq. Saya tidak mempunyai banyak pengalaman selain dari kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan dalam mendidik jiwa mereka untuk benar-benar mengenali Allah sebagai Ilah dan Robb supaya mereka mampu melihat kehidupan dengan jiwa kehambaan sehingga mereka merasakan besarnya kesan pahala dan dosa pada jiwa dan kehidupan.

Ya, anak-anak adalah anugerah yang terlalu berharga bagi setiap rumahtangga yang terbina. Kita boleh bayangkan betapa sunyi dan suramnya rumahtangga yang tidak dikurniakan anak. Kita diperingatkan oleh Allah SWT melalui surah Maryam bagaimana Nabi Zakaria AS yang berdoa dengan nada yang perlahan dan penuh pengharapan mengharapkan kehadiran anak dalam rumahtangganya. Ia tidak pernah berputus asa walaupun rambutnya memancarkan uban (kerana sudah terlalu tua) manakala isterinya pula mandul (sila rujuk surah Maryam).

Kerana bahagianya kita menerima anak sebagai cahaya mata kadang-kadang kita terlupa dan lalai bahawa anak-anak juga adalah amanah yang Allah pinjamkan kepada kita. Kelalaian ini kadang-kadang berpanjangan sehinggalah ‘cahaya mata’ yang kita timang dan kita sayang semakin membesar dan mula ‘menyakitkan mata’ bukan sekadar itu bahkan ia telah mencoreng arang ke muka kita sehingga jiwa kita terasa begitu terluka dan kecewa.

Ada ibubapa yang kecewa dan terluka, ada yang begitu buntu dan putus asa. Kadang-kadang, ketika menyampaikan ceramah tentang keibubapaan saya menggambarkan hakikat ini dan ternyata pada wajah para hadiran tergambar kepedihan jiwa. Ada yang tertunduk dan ada yang menitiskan air mata. Saya tidak bermaksud untuk melukakan perasaan tetapi saya ingin menghayati kesedihan mereka sehingga saya mampu menghayati serta berkongsi panduan dan harapan tentang pendidikan anak-anak ini dengan lebih berkesan.

Kita juga dapat menyaksikan bagaimana ada ayah yang menjadi pemimpin masyarakat tetapi apabila ke rumah ia ditertawai dan dihina oleh anaknya sendiri. Ada ibu-ibu yang nampak gagah menerajui perniagaan tetapi pulang ke rumah hatinya dilukai oleh anak-anaknya sendiri.

Untuk itu saya akan kongsikan sedikit ilmu dan pengalaman untuk membangunkan rumahtangga sakinah. Mungkin perkongsian ini tidak begitu ilmiah kerana perkongsian ini adalah coretan pengalaman dan harapan saya sendiri.

Semoga siri perkongsian ini nanti dapat sedikit sebanyak dimanfaatkan bagi membina rumahtangga sakinah. Komen, pandangan dan coretan pengalaman pembaca diharapkan dapat menjadikan ruangan ini lebih bertenaga dan berkesan.

LAGI

BIASAKAN DENGAN DOA

Doa adalah inti ibadah, inilah penegasan Rasulullah SAW dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmizi. Bukan sekadar itu, doa adalah gambaran hati yang benar-benar merasai kebesaran dan kagungan Allah SWT. Manusia yang jiwanya merasai kewujudan Allah akan sentiasa berinteraksi dengan Allah SWT. Ia sentiasa bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT.

Ada yang hanya merasakan kehadiran Allah ketika soalat lalu ia berdoa seusai solatnya. dan lebih malang ada yang terputus hubungan dengan Allah lalu menjadikan kehidupannya sebagai medan memburu keinginan NAFSU. bagaimana dengan kita? Apa yang kita harapkan untuk anak-anak yang kita tinggalkan nanti apabila tiba masanya kita dipanggil pulang mengadap Allah SWT.

Tidak cukup jika kita sekadar memberi penjelasan kepada anak-anak kita tentang hakikat kewujudan Allah SWT sedangkan tingkah laku dan sikap hidup kita tidak seperti yang kita gambarkan; Allah hanya muncul ketika solat sahaja tetapi tidak diwaktu-waktu lain.

Saya menjadikan doa sebagai kebiasaan kepada diri dan anak-anak saya. Ketika anak atau saya sendiri kehilangan sesuatu maka saya katakan pada anak saya “Mari kita berdoa supaya Allah permudahkan kita” lalu kami mencari bersama-sama bahkan saya akan ajak semua anak-anak saya ada dirumah itu bersama-sama mencarinya.

“Bahkan saya sering mengaitkan kemakbulan doa dengan amal soleh. Setiapkali ingin naik kenderaan sebelum berdoa saya akan pesan pada anak-anak “Semua tolong jaga diri masing-masing. kalau kita soleh, tak cakap atau buat apa yang Allah marah, tak bergaduh…. insyaAllah Allah perkenankan doa kita. Perjalanan kita akan selamat dan mudah. Kereta kita ni kereta buruk dan dah tua tapi kalau Allah izin, kereta ni akan lebih baik dari kereta baru.

Kadang-kadang Allah tunaikan permintaan kita on the spot, pada ketika itu anak-anak kita dapat menyaksikan betapa doa itu didengari oleh Allah SWT. Pernah satu ketika saya dan anak-anak masuk ke satu jalan kampung yang tak berturap. jalan itu sebenarnya telah ditutup dan sudah lama tidak digunakan. Memang nampak elok tetapi apabila saya lalu sahaj maka tayar kereta saya tenggelam hingga separuh. Makin saya tekan minyak makin dalam tayar kereta saya tenggelam. lalu saya minta anak-anak saya sama-sama berdoa sambil saya cuba gerakkan kereta saya dengan cara kedepan dan mengundur beberapa kali. Ketika itu memang tidak ada sesiapa yang lalu dikawasan itu. setelah berpuluh-puluh kali, akhirnya dengan izin Allah SWT kereta saya itu berjaya keluar dari kawasan tanh lembik itu. Sebaik saja selesai yangpun katakan pada anak-anak “tengok tu, kita berdoa bersungguh-sungguh tentu Allah tunaikan permintaan kita. Kadang-kadang Allah tangguh dulu hingga waktu lain kerana Allah tu Maha Bijaksana tetapi hari Allah tunaikan doa kita ketika kita benar-benar perlukan pertolonganNya. Sekarang mari kita bersyukur dan zikirkan Alhamdulillah untuk kita memuji Allah SWT”.

Peristiwa ini memang memberi kesan pada jiwa anak-anak saya tambahan pula sebelum itu saya telah jelaskan pada mereka yang kereta yang kami naiki tu hampir tenggelam tayarnya dan semua tanah disekitar kawasan itu adalah tanh lembik jadi memang mustahil kami boleh keluar sendiri melainkan dengan izin Allah SWT. Apabila kami berjaya keluar memang nampak pada wajah anak-anak saya rasa kagum, bahkan anak saya yang nombor dua pada ketika itu baru lima tahun melantunkan dari mulutnya ungkapan Alhamdulillah.

Saya juga masih ingat ketika abang saya yang sulung bersama keluarganya datang ke rumah saya di Perlis. Pagi esoknya ketika mereka bersiap-siap nak ke Padang Besar untuk jalan-jalan, anak abang saya mula merungut-rungut kerana kunci keretanya hilang. Sambil merungut dia mula mencari kunci itu dengan dibantu oleh ibunya (kakak ipar saya). Melihat Keadaan itu, anak saya yang berumur 6 tahun, sambil bercekak pinggang (biasalah, kanak-kanak ada style masing-masing) memarahi sepupunya yang hampir 20 tahun itu “Awat dok marah-marah ni, doalah kat Allah”. Anak saya pun sambil bantu mencari terus mengulang-ulang kalimah ‘La haula wala quwwata illah billahil Aliyyul ‘Azim’ dan Allah takdirkan terus saja kunci itu ditemui. Sambil memagang kunci dan menyerahkan pada abang sepupunya dia berkata “Lain kali jangan dok nak marah saja, doalah kat Allah baru Allah tolong”. Kakak ipar say terus ketawa dan katakan pada anaknya “Tengok tu, budak kecik pun pandai berdoa, lain kali ada maslah, doa kat Allah”.

Ajarilah anak-anak kita supaya merasakan diri mereka begitu hampir kepada Allah SWT. Ajarilah mereka bahawa Allah sentiasa mendengar doa-doa mereka. Berdoalah untuk perkara-perkara kecil hinggalah perkara-perkara yang besar. Senang itu dimulakan tetapi agak sukar untuk istiqomah namun tidak ada yang mustahil

Anas bin malik R.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila Allah kasih sayang pada seorang hamba maka dikenakan kepadanya Bala”, Maka bila ia berdoa berkata Malaikat: suara yang sudah terkenal!!!. Dan berkata Jibril: Ya Allah , Hamba mu si Fulan itu, Sampaikanlah Hajatnya. Jawab Allah: Biarkan hambaku , Aku suka mendengar Rintihan Suaranya. Maka apabila hamba berkata……Ya Rabbi.. Jawab Allah : Labbaika Hambaku ( selamat datang hambaku) tiada engkau berdoa melainkan aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak daripadamu bala”yang lebih besar dari itu

 

LAGI

VIP SEBENAR

Alhamdulillah.Hari ini adalah Graduation Day untuk anakanda Muhammad Imaduddin. Tahun ini beliau belajar di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) berhampiran rumah kami untuk melengkapkan proses pembelajaran pra sekolahnya.

Saya dan isteri memilih Montessori atas beberapa faktor. Imad sebagai kanak-kanak yang lahir di hujung tahun, secara semulajadi mudah berasa tertekan dengan rakan sebaya kerana mereka dilihat sebagai kanak-kanak berusia 6 tahun sedangkan Imad masih 5 tahun. Tekanan tersebut menimbulkan anxiety yang meresahkan. Kerana itu saya dan isteri mencari satu sistem yang boleh membantu Imad berminat sendiri dengan pembelajaran tanpa ditekan-tekan dan dipaksa, seronok dengan proses pembelajaran dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang seronok untuk beliau berada.

Tarikan yang diharapkan adalah pembelajarannya. Bukan sekadar rakan-rakan dan pengalaman berkawan serta bermain.

Montessori yang memanfaatkan perkembangan deria anak-anak dalam pembelajaran, tambahan pula bonusnya adalah pada pandangan hidup serta nilai Islam yang disertakan, Brainy Bunch merupakan pilihan terbaik dalam upaya praktikal secara logistik, kewangan dan masa kami.

Hari ini Imad sudah melunaskan pembelajarannya.

Terima kasih kepada aunties (gelaran untuk guru di sekolah, menggantikkan cikgu atau ustazah). Umumnya, boleh saya katakan untuk seorang anak yang unik dan mencabar seperti Imad, Brainy Bunch telah berjaya menjadikannya suka dengan sekolah dan pembelajaran.

Graduation Day kali ini, diadakan di Auditorium Pentadbiran KUIS berhampiran rumah kami. Majlis menggabungkan BBIM di kawasan kami dengan BBIM Seremban 2. Majlis diserikan dengan kehadiran Puan Ladyana Zoraya Abdullah, CTO bagi BBIM, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki bersama suami, Ustaz Muhidin Mokter selaku Penasihat Syariah bagi BBIM. Terdapat ramai lagi tenaga penting BBIM yang kelihatan seperti Encik Azlim Hamzah selaku Pengarah Sumber Manusia BBIM dan lain-lain.

Biar pun ramai VIP yang hadir, sudah tentu VIP sebenar adalah anak-anak yang diraikan.

Apabila saya hadir ke Graduation Day anak-anak, saya cuba untuk tidak mempedulikan soal teknikal bunyi, kelancaran persembahan, makan minum, kerusi atau apa sahaja yang berkaitan dengan majlis. Sekiranya anak-anak yang diraikan itu gembira dan mengenang majlis tersebut dengan baik, maka berjayalah program tersebut.

Ia mengingatkan pengalaman saya semasa menghadiri Graduation salah seorang anak kami di sebuah tadika lain suatu ketika dahulu. Mikrofon sudah tersedia dan terpasang, maka guru-guru tidak perasan bagaimana kasarnya mereka meng’SYHHH’ anak-anak di belakang pentas dan terdengar ayat-ayat marah yang tajam menggambarkan guru yang sedang menguruskan pentas itu sedang tertekan.

Kasihan kepada kanak-kanak itu.

Kemudian, kasihan kepada guru-guru berkenaan.

Kanak-kanak yang paling cemerlang belajar (dalam erti kata belajar yang sebenar), adalah kanak-kanak yang paling gembira dan bahagia. Jika mereka gembira dan bahagia, mereka akan belajar lebih daripada yang kita jangkakan. Kejayaan pendidikan pra sekolah adalah untuk memperkenalkan proses pembelajaran tanpa mengorbankan kegembiraan dan kebahagiaan kanak-kanak.

Jika deretan A dikejar di peringkat pra sekolah dengan tekanan, kemurungan, kekecewaan dan kemarahan, ia adalah sistem pendidikan yang jauh dari rahmat Allah, dan secara jangka panjang membinasakan jati diri anak-anak. Saya menulis artikel ini dengan harapan ibu bapa membacanya, dan mempertimbangkannya sebagai sebuah kepercayaan.

Jika kita cuba memperkenalkan satu paradigma lain terhadap pendidikan, sedangkan ibu bapa masih berpegang dengan paradigma arus perdana sedia ada, sukar untuk transformasi pendidikan boleh dibuat.

Keluhan biasa yang dikaitkan dengan pendekatan Montessori ialah anak-anak secara relatifnya agak terkebelakang pada keupayaan membaca. Mungkin ada ibu bapa yang kisah.Saya tidak kisah.

Membaca adalah seperti menunggang basikal. Agak susah untuk mula. Tetapi sebaik sahaja ia bermula, segalanya lancar dan tidak akan berundur ke belakang. Insya Allah saya dan isteri akan berusaha cara lain untuk memupuk upaya membaca dan semenjak rumah kami tiada televisyen, membaca menjadi aktiviti yang semakin menyeronokkan buat semua.

Tahniah Imad.

Abi dan Umi bangga dengan Imad.

Jom bahagia, kurangkan mengamuk dan menangis-nangis, ok.

Tahun hadapan Insha Allah Imad boleh menyertai kereta Abi bersama Yop dan Naurah kerana kalian bertiga berada di satu sekolah!

Seronoknya…

TUJUH BUAH FIKIRAN

Pendidikan pra sekolah adalah untuk memperkenalkan proses pembelajaran, dan ia perlu menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Keseronokan diukur pada apa yang kanak-kanak mahu, bukan apa yang ibu bapa tahu, mahu dan mampu.
Sekolah perlu mendidik ibu bapa untuk berkongsi pendapat yang sama tentang pendidikan agar expectation ibu bapa sama dengan objektif yang diusahakan oleh sekolah
Kanak-kanak akan sangat aktif belajar dalam suasana pembelajaran yang gembira. Gembirakan mereka, mereka akan cemerlang.
Kegembiraan kanak-kanak datang daripada kegembiraan ibu bapa dan guru-guru. Kegembiraan ibu bapa dan guru datang daripada hati yang dilimpahi rahmat Allah. Semakin kita kasar dan berkeras, ertinya kita semakin jauh daripada rahmat Allah.
VIP di dalam Graduation Day adalah kanak-kanak yang diraikan. Mereka tidak perlu memenuhi kehendak ibu bapa melalui persembahan dan pencapaian mereka. Yang diraikan adalah anak-anak. Mereka sebenarnya kagum dengan ‘cool’nya ibu bapa hadir tanpa stress.
Rakamkan kenangan indah Graduation Day di dalam memori melalui perbualan, puji-pujian dan mengingatkan anak-anak tentang hari tersebut. Jangan buang kenangan itu ke dalam sebuah kotak empat segi bernama FOTO.
oleh : ustaz hasrizal

LAGI

Image News
Image News

Image Banner